Oh! Artis

Noh Salleh Sah Bakal Nikahi Peguam Wanita Tak Lama Lagi

Published on

Sebelum ini kami melaporkan yang vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita.

Bukan tu jer, wanita yang dipercayai adalah rakan baik kepada Noh Salleh juga mengatakan yang penyanyi itu bakal berkahwin tak lama lagi menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

Terbaru! Vokalis kumpulan Hujan itu bakal menikahi tunangnya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September ini selepas setahun hidup duda.

Menurut laporan Astro Gempak, perkara ini menjadi perhatian apabila kad digital perkahwinan Noh dan tunangnya yang tertera segala butiran bakal pengantin itu telah mula diedarkan.

Wah! Semoga segala urusan Noh dan tunangnya yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi dipermudahkan.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version