Oh! Artis

“Niat Menginsafkan Atau Memalukan?” – Isu Tegur Pakaian Isteri Orang, Izara Aishah Beri Pendapat

Published on

Viral di media sosial semalam video memaparkan seorang lelaki berang selepas pakaian isterinya ditegur individu tidak dikenali. Individu itu dikatakan bersikap biadap dan terlebih dahulu tidak menghormatinya isterinya.

Namun ada segelintir yang mengecam tindakannya yang melulu marah sehingga meninggikan suara.

BACA: “Dosa Dia Saya Tanggung” – Lelaki Kena Marah Gara-Gara Tegur Penampilan Isteri Orang

Pelakon, Izara Aishah turut memberikan pandangan peribadinya berhubung isu tular itu. Izara bersetuju seseorang hendaklah menjaga adab dalam menegur.

Tambahnya, perbuatan menegur seperti yang dilakukan lelaki itu sebaiknya dilakukan oleh sesama jantina kerana lebih berhemah. Jelasnya, niat menegur sepatutnya memberi keinsafan dan bukannya memalukan seseorang.

Pelakon ini turut mempertikai adakah teguran jenis itu yang dibanggakan, tambahan pula lelaki itu didakwa masih memandang wanita yang ditegur dari jauh.

Kredit: Twitter Madame Izara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version