Tidak mampu membalas sokongan semua, pelakon wanita itu meluahkan rasa sebak melihat tudung jenama Fazura sebanyak 80,000 helai yang terjual dalam masa 2 jam sahaja.
Secara tak langsung, ia juga membantu sesetengah individu yang hilang punca pendapatan kerana situasi pandemik yang genting kini.
Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian.
Dalam 2jam 80,000pcs dah sold out, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang..
lot’s of love ? pic.twitter.com/3wwrHZfNLq
Meskipun boleh sahaja menjual dengan harga yang lebih tinggi, namun Fazura memilih harga RM27 supaya ianya boleh dibeli oleh semua orang.
Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi.
Menurut kiraan netizen, jualan tersebut dianggarkan mencapai RM2.16 juta sekaligus membuktikan kejayaan wanita itu.