Connect with us

Oh! Media

Nia Ramadhani Dedah Punca Terjebak Dadah, Kecewa Dianggap Tak Layak Sedih Kerana Kaya

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 17t175224007

Oh! Artis

Nia Ramadhani Dedah Punca Terjebak Dadah, Kecewa Dianggap Tak Layak Sedih Kerana Kaya

Umum sedia maklum, pelakon terkenal Indonesia Nia Ramadhani, suami dan pembantu peribadi ditahan akibat penyalahgunaan dadah beberapa bulan yang lalu.

BACA: Nia Ramadhani Menangis Teresak, Mohon Ampun Keluarga Dan Anak-Anak

Di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, pelakon ini memberi alasan dirinya mengambil dadah kerana sedih dengan ketiadaan bapanya sejak tahun 2014.

IKLAN
Pemeriksaan terdakwa nia ramadhani dan ardi bakrie 169

Dia mengaku terjebak mengambil barang terlarang itu selepas termakan kata-kata seorang rakan. Rakannya itu berkata, dadah syabu dapat membuatkan seseorang yang sedih menjadi bahagia.

Pelakon drama fenomena ‘Bawang Putih Bawang Merah’ ini walau bagaimanapun tidak menyebut nama ‘rakan’ industri itu.

Nia ramadhani dan ardi bakrie akhirnya buka suara 2amcf160li

Saat saya lagi breakdown, saya teringat kata-kata teman saya 2006 dulu. Ada yang mempengaruhi saya bahwa ada suatu zat, katanya, kalau misalkan kita pakai dari capek bisa jadi kuat, dari sedih bisa jadi happy.

Saya pada saat itu mungkin juga batin saya dan pikiran saya lagi lemah jadi saya kemakan kata-kata itu.

Kata Nia lagi, ketika sedang bersedih dan rindu dengan arwah bapa, dia pernah meluahkan isi hati kepada seorang rakan.

Dan April 2021 itu saya lagi pingin-pinginnya dapat ucapan ulang tahun dari Papah saya, tapi saya enggak punya cara lagi untuk mengembalikan dia.

Namun, rakannya berkata dia tidak layak untuk berasa sedih kerana ramai orang di luar sana yang ingin mempunyai kehidupan seperti ‘Nia Ramadhani’.

Rakannya itu meminta Nia supaya bersyukur dengan kehidupannya yang sempurna. Nia sangat terkenal, memiliki suami dan tiga anak, keluarga yang dihormati serta kaya.

Kredit: CNN Indonesia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas