Oh! Artis

Ira Kazar Punya Suara Dan Penampilan Terkini Buat Netizen ‘Terpukau’

Published on

Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen susulan buat pertama kalinya mereka mendengar suara wanita itu dengan jelas setelah sekian lama mendiamkan diri susulan kes bersama pelakon, Puteri Sarah.

Dapat dilihat dalam video yang sedang tular di Facebook itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin bersama dengan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri serta anak perempuannya, Qadejah.

Dalam video berkenaan, Ira menjawab beberapa soalan yang ditanyakan oleh Aliff Syukri serta anaknya untuk mengenali dengan lebih dalam.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut ‘terpukau’ dengan penampilan anak perempuan pelakon veteran, Kazar Saisi yang dikatakan sangat cantik.

Bahkan, ada juga merasakan isteri Syamsul itu sangat lemah lembut apabila berkata-kata.

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar bernikah di Thailand berwalikan bapa wanita terbabit, Kazar Saisi dan hal itu diumumkan dalam laman Instagram pengarah berkenaan pada awal tahun ini.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Nampaknya Oh Media bukan biashe-biashe kita ada Dolla in the hauz gais!#dolla #damelo #ohartis

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version