Video yang dimuat naik Liyana di TikTok itu sehingga kini telah meraih 3 juta tontonan dan ribuan komen. Orang ramai meluahkan rasa terkejut melihat selebriti ini dalam keadaan begitu.
Iyalah, biasa orang upload yang cantik-cantik je kan? Di ruangan komen, ada yang memetik nama suami Liyana Jasmay dan menyamakan wajahnya dengan bibik sebenar.
Penyanyi rap, Caprice tampil mempertahankan pelakon terbabit dan menyelar netizen ‘mulut longkang’. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta netizen cermin diri sendiri dan pasangan sebelum mengkritik orang lain.
Tegasnya lagi, dalam dunia ini tiada siapa yang sempurna dan sentiasa kekal cantik. Apa yang penting adalah isi hati seseorang itu. Bang bang!