Terbaru, Marissa yang merupakan model produk kecantikan menarik perhatian apabila wajahnya tanpa solekan didedahkan kepada umum. Wajahnya berubah menjadi lebih berseri selepas solekan dikenakan.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen selepas melihat perubahan ketara tersebut. Kata netizen, wajah Marissa seperti gadis ‘kebanyakan’ yang lain jika tanpa solekan.
“Belum make up lebih kurang kita je” – netizen
Tak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut kerana sudah terbiasa melihat gadis itu dengan make up tebal.
“Muka awam”
Sementara itu, ramai juga yang back up Marissa menegur perbuatan menghina ciptaan Allah SWT. Apa-apa pun, kami percaya reaksi negatif netizen ini dipengaruhi oleh kontroversi penyondol baru-baru ini kan?