Di kala umat Islam sedang membuat persediaan untuk menyambut bulan Ramadan, selebriti terkenal dari Indonesia iaitu Nia Ramadhani dikatakan asyik berparti.
Netizen meluahkan rasa kesal dengan hantaran Nia yang dikatakan tidak sensitif dengan agama sendiri. Netizen turut tertanya-tanya sama ada selebriti itu sedar sudah memasuki bulan puasa dan sepatutnya perbanyakkan ibadah.
Nia Ramadhani dikecam tak hormat bulan puasa
Meninjau ke Instagram, Nia yang popular dengan watak Bawang Merah sudah menghadkan komen di hantaran tersebut selepas dikecam hebat.
Dalam video tersebut, pelakon ini dilihat menari dan menyanyi di hadapan khalayak dengan memakai pakaian nampak perut.