Terbaru, suami Nad iaitu pelakon Ungku Ismail Aziz ada berkongsi potongan ayat mengenai orang-orang yang bergosip.
Kata-kata itu juga memberi nasihat kepada mangsa gosip supaya tak mempedulikan cakap-cakap belakang.
Ianya kerana para penggosip sebenarnya sedang memindahkan pahala mereka kepada mangsa.
Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu, mencari-cari kesalahan atau kadang menfitnahmu, mungkin dia akan membahayakan duniamu tapi yang jelas ia sangat bermanfaat buat akhiratmu…
Terdahulu, Nad Zainal dilabel kacang lupakan kulit susulan video temuramahnya dengan sebuah portal hiburan.
Dalam video tersebut, pelakon ini menafikan sedang bermasam muka sebaliknya hanya bersikap dewasa. Dia kini fokus kepada keluarga dan isu sahabat ini terlalu ‘high school’ baginya.