Selebriti media sosial dan Youtuber, Ryzal Ibrahim ditegur netizen gara-gara membenam kek di muka isterinya, Maryam sempena hari jadinya baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ryzal berkata isterinya mengadu mengapa tidak dicalitkan kek di hidungnya. Secara spontan dia terus ‘tepek’ kek ke muka.
Walaupun hanya bergurau, netizen berpendapat tindakan itu boleh mengundang risiko kecederaan memandangkan lilin masih terpacak di situ.
Terdahulu, membenamkan kek ke muka birthday boy/girl seakan sudah menjadi satu trend. Meskipun menghiburkan, masyarakat merasakan prank itu mengundang risiko dan membazir duit.