Connect with us

Oh! Media

‘Nak Buat Mati Senang Cerita’ – Tajul Dedah Abang Kena Santau Sejak Jadi Artis

Cover Photo Om 1200 X 675 1

Oh! Artis

‘Nak Buat Mati Senang Cerita’ – Tajul Dedah Abang Kena Santau Sejak Jadi Artis

Mengakui abang menderita penyakit misteri, penyanyi, Tajul Ariff menerusi temu bual ekslusif bersama mStar mendedahkan abangnya, Khalis sebenarnya terkena buatan orang.

BACA: ‘Suami Tak Merokok, Apatah Lagi Ambil Dadah’ – Isteri Khalis

Menurutnya, mereka telah mencuba untuk berubat namun nampaknya keadaan kesihatannya masih sama.

IKLAN
Khalis

Alhamdulilah setakat ini keadaannya dah semakin okay. Okay sikitlah daripada sebelum ni, sebelum ni dia terbaring tak boleh bercakap. Sekarang ni dia dah boleh bercakap sikit.

Kata Tajul, abangnya kini dijaga sepenuhnya oleh isteri dan anak-anaknya.

Sakit tu sebenarnya kalau orang tengok gambar pun, melalui gambar dah tahu sakit apa tapi saya bukan tak nak cakap.

Isu ini ada yang tak percaya. Ada yang menidakkan. Ada yang kata merepek. Tapi hakikatnya memang ada.

Tajul memberitahu abangnya terkena santau sejak mula menjadi artis. Sejak terkena buatan orang, abang tidak dapat makan dan minum seolah-olah pelaku mahu abang mati.

Khalis09 hmfield image listing featured v2var 1617936009

Tak boleh makan, tak boleh minum. Bila makan muntah, muntah darah lepastu dia tak boleh bangun. ‘Dia’ dah lock semua, dia dah tak sedar diri dia siapa.

Kitaorang ada ikhtiar sebelum bawa dia pergi hospital. Kami bawa ke satu tempat rawatan Islam ni, on the spot dia boleh bangun. Daripada dia tak sedar, dia boleh bangun, berdiri, bercakap, dah boleh minta makan.

Kita orang dah lega, menangis semua. Ya Allah alhamdulilah abang Khalis dah balik.

Walau bagaimanapun, dua hari kemudian Khalis kembali jatuh sakit. Sebagai ahli keluarga, mereka berasa sangat sedih kerana Khalis mempunyai tanggungan yang besar.

Kata Tajul lagi, dia yakin abang tiada musuh. Dalam kalangan adik beradik, abangnya paling baik. Bila perkara sebegini terjadi, mereka sekeluarga terkedu apa yang menyebabkan orang tidak berpuas hati dengannya.

Namun begitu, mereka redha dengan ketentuan dan berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan abang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas