Oh! Artis

“Mulut Kalah Perempuan” – Label Isteri Pelac*r Vietnam, Caprice Buru Lelaki Ini

Published on

Isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis naik angin apabila ada seorang individu menggelarnya pelacur Vietnam gara-gara mendedahkan aurat.

BACA: “Masalah Orang Berfikiran Tertutup Adalah Mulut Mereka Sentiasa Terbuka” – Isteri Caprice

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis memuat naik foto individu biadap tersebut.

Elis turut memuat naik screenshot komen memaparkan mereka bertikam lidah mengenai isu menutup aurat. Lelaki itu mendakwa gaya pemakaian Elis ditambah dengan rambut berwarna jelas merendahkan imej Islam.

Tak berdiam diri, Caprice dilihat memburu lelaki biadap tersebut. Caprice meninggalkan pesanan supaya lelaki tersebut menghubunginya.

Untuk makluman, penyanyi rap kontroversi Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada November 2021. Sejak dari itu, Farra Inalis turut menerima tempias kontroversi Caprice sehingga soal auratnya dipertikaikan.

Kredit: Instagram Farra Inalis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.  

Exit mobile version