Oh! Artis

Muat Naik Gambar Pakai Selendang Nampak Rambut Dan Leher, Isteri Haqiem Rusli Didakwa Buka Tudung?

Published on

Isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto berhari raya memakai selendang menampakkan sebahagian rambut dan leher.

Anis Sofea yang merupakan pempengaruh media sosial diketahui sebelum ini memakai tudung penuh selepas berkahwin dengan penyanyi Haqiem Rusli. Penampilan itu sudah tentu menimbulkan persoalan dan kritikan dalam kalangan netizen.

Isteri Haqiem Rusli buka tudung?

Meninjau ke Instagram, wanita berusia 21 tahun ini juga didapati telah memadam kebanyakan foto. Yang tinggal hanyalah gambarnya tidak bertudung. Malah, gambarnya bersama suami juga didapati tiada di dalam hantaran Instagramnya.

Di ruangan perkongsian mStar, para netizen meninggalkan komen risau melihat penampilan baru wanita ini. Mereka mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Kredit: Instagram Anis Sofea | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version