Connect with us

Oh! Media

Misi Global Sumud Flotilla: Hazwani Helmi Mohon Doakan Ibu Ardell Aryana

Ohmedia ardell Aryana

Oh! Artis

Misi Global Sumud Flotilla: Hazwani Helmi Mohon Doakan Ibu Ardell Aryana

Hazwani Helmi sebak mohon doa buat Ardell Aryana yang ibunya bakal jalani pembedahan potong kaki.

Di sebalik perjuangan kemanusiaan yang sedang dijalankan, pelakon Ardell Aryana berdepan ujian peribadi yang cukup menyayat hati.

BACA: Zizi Kirana Cemas Kapal Misi Gaza Dikesan Dron Pengintip

Ibu tercinta dijadualkan bakal menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kaki, membuatkan ramai yang sebak mendengar khabar itu.

IKLAN

Hazwani Helmi mohon doa orang ramai

Perkara tersebut didedahkan oleh aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi yang berkongsi rasa pilu selepas menghubungi Ardell melalui panggilan video.

Ardell dilihat sebak menahan air mata ketika berkongsi keadaan ibunya.

Ardell Aryana

Tambah Hazwani, misi Global Sumud Flotilla kali ini sangat mencabar ditambah pula dengan keadaan kesihatan ibu Ardell yang tidak baik.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ardell sudah melepasi semua peringkat saringan serta latihan yang diwajibkan sepanjang perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Misi

Kini mereka sedang menuju ke tujuan akhir pelayaran. Jelas Ardell, semua peserta flotilla perlu melalui proses ketat di setiap hentian dan ada dalam kalangan sukarelawan tidak berjaya melepasinya.

Tambahnya lagi, kapal yang dinaikinya hanya sebuah bot kecil dengan bekalan makanan terhad.

Pssttt! Berat sungguh ujian yang menimpa Ardell Aryana. Semoga ibunya diberi kesembuhan, dan Ardell terus tabah meneruskan perjuangan dalam misi kemanusiaan serta kehidupan peribadi yang mencabar.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas