Oh! Artis

Mesra Berpegangan Tangan, Netizen Tanya Shila Amzah Dan Kekasih Dah Halal Ke?

Published on

Umum sedia maklum, penyanyi terkenal Shila Amzah kini sedang menjalin hubungan cinta dengan Youtuber dan TikToker dikenali sebagai Ubai.

BACA: Hari Tu Kantoi Panggil ‘Yang’, Sekarang Shila Amzah Pula Mengaku Ubai Teman Istimewa

Berdasarkan laporan media sebelum ini, pasangan ini dikatakan menjalin hubungan istimewa sejak tahun lalu lagi.

Terbaru, seorang netizen memuat naik video memaparkan Shila Amzah dan Ubai sedang memilih makanan di sebuah gerai.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila pasangan itu dilihat sedang berpegangan tangan. Tindakan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen sama ada mereka sudah bernikah.

Netizen rakam Shila Amzah dan Ubai mesra pegang tangan

@ha_cda bahagianye kan tgk diaorang ni #shila❤️‍🔥ubai ♬ Sampai Akhir – Judika

Dalam pada masa sama, netizen berpendapat Shila Amzah harus menjaga batas lebih-lebih lagi di khalayak ramai memandangkan dia seorang selebriti yang dikenali ramai.

Kata mereka, pasangan yang mempunyai ramai pengikut di media sosial itu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada para peminat.

Kredit: TikTok @ha_cda

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version