Oh! Artis
“Mereka Dibawa Berjumpa Di Satu Kedai Kopi” – Uqasha Nafi Halang Kamal Adli Jumpa Anak
Uqasha nafi halang Kamal jumpa anak dan jelaskan baru-baru ini ada berjumpa.
Isu rumah tangga antara pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi perhatian apabila timbul dakwaan kononnya Uqasha menghalang Kamal daripada berjumpa anak mereka, Hawra Uqaira.
Namun, pelakon wanita itu tampil menafikan tuduhan tersebut melalui peguamnya, Muhammad Syazmee Sapian.
BACA: Uqasha Rupa-Rupanya Dah Banyak Kali Beri Peluang Kepada Kamal Tapi Disia-Siakan
Memetik laporan mStar, peguam berkata, satu pertemuan antara Kamal dan anak mereka sebenarnya sudah dirancang lebih awal dan bukannya berlaku secara kebetulan.
Pertemuan bukan secara tak sengaja

Malah, Uqasha sendiri tidak ada halangan sekiranya Kamal mahu berjumpa dengan anak pada bila-bila masa.
Perkara ini dibincangkan bersama adik Uqasha. Mereka dibawa berjumpa di satu kedai kopi. Bukannya terjumpa, bukannya tak sengaja, bukannya tidak dirancang, ia memang dirancang untuk berjumpa dengan anak tersebut.
Difahamkan, Uqasha memberi penjelasan selepas Kamal mendakwa dia bertemu anaknya secara tidak sengaja pada 10 November lalu.

Tambah Syazmee lagi, Uqasha amat memahami peranan Kamal sebagai seorang bapa dan tidak pernah berniat memutuskan hubungan antara bapa dan anak.
Untuk rekod, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Pssttt! Dalam hal melibatkan anak, kedua-dua pihak wajar meletakkan kepentingan si kecil di hadapan. Semoga hubungan antara Kamal dan anaknya terus baik demi kesejahteraan bersama.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM