Oh! Artis

“Memang Sedap Bersangka-Sangka” – Anak Dituduh Penyondol, Abby Abadi Minta Orang Ramai Cari ‘Pahala’ Dulu

Published on

Nama anak kepada pelakon popular Abby Abadi dan Norman Hakim hangat diperkatakan selepas tular dakwaan seorang wanita mendakwa rumah tangganya hancur disebabkan orang ketiga.

BACA: “Dipuji Indah Rupa, Sopan” – Anak Pelakon Terkenal Didakwa Sondol Suami Orang, Check In

Wanita tersebut menerusi pendedahannya menulis secara jelas nama Marissa Dania menyebabkan orang ramai terkejut.

Kontroversi ini juga menyebabkan akaun media sosial Abby Abadi dan Norman Hakim dihujani komen netizen.

Terbaru, Abby Abadi menerusi Instagram Story berkata dia akan membuat kenyataan mengenai isu tular tersebut.

Buat waktu ini, dia meminta orang ramai mencari ‘pahala’ dengan meninggalkan komen terlebih dahulu. Tulis bekas anggota kumpulan Elite ini lagi, perbuatan bersangka-sangka, menambah cerita serta menuding jari kepada orang lain memang seronok diikuti emoji senyum.

Kredit: Instagram Abby Abadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version