Oh! Artis

Mas Idayu Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergolak Selepas Sebulan Berkahwin

Published on

Siapa pula pandai-pandai kata rumah tangga penyanyi, Mas Idayu tengah bergolak ni? Dakwaan ini muncul selepas sebuah portal hiburan membuat spekulasi hanya kerana Mas Idayu berkongsi status sedih di media sosial.

Sedar dengan dakwaan tak masuk akal itu, Mas Idayu tampil berkongsi satu video untuk menjelaskan perkara ini. Dia menafikan dakwaan terbabit dan memaklumkan perkahwinan yang baru sahaja sebulan ini dalam keadaan baik-baik sahaja.

Mas Idayu juga menganggap portal hiburan yang membuat dakwaan ini hanya ingin menumpang popularitinya.

“Berselindung di balik senyum dan tawa.. saya okay”

Itu adalah kapsyen yang digunakan Mas Idayu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan dirinya. Ini kerana Mas Idayu memaklumkan dia memang suka berkongsi ayat gembira, sedih dan kelakar kepada pengikutnya di media sosial sejak dulu lagi.

Hari ni memang mmy betul-betul mengamuk geram! Nak lepaskan geram sebenarnya tapi ramai orang pulak !!! Tapi mmy tak boleh bertangguh!!! Sebab mmy dapat berita bongok ni, mmy kena tegur betul-betul ni.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version