Sebelum ini, kita telah mendengar mengenai berita usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri yang ingin menuntut hutang daripada seorang pengusaha tudung terkenal.
BACA: “Jual Tudung Tunjuk Kaya” – Aliff Syukri Bagi Amaran Ada Usahawan Terkenal Liat Bayar Hutang
Terbaru, Aliff juga menyatakan dirinya mahu mengutip hutang daripada seorang bekas menteri yang meminjamnya hingga puluhan juta ringgit. Uish, siapa itu?
Hutang dengan Aliff
Satu posting telah dimuat naik oleh Aliff menerusi Instagramnya mendedahkan perkara tersebut.
Usahawan itu mengatakan tiada sebarang respon diterima olehnya apabila cuba menelefon bekas menteri tersebut berkali-kali.
Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu family Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja. Orang Langkawi mesti kenal dia hartawan 1 Malaysia.
Dalam pada masa yang sama, Aliff juga berharap posting pendedahan itu diterima oleh saudara terdekat Tan Sri berikut bagi memudahkan urusan tuntutan hutangnya.
Agak-agak korang, siapa eh?
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media