Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menawarkan diri untuk membeli sepasang kasut daripada seorang netizen yang mengadu kasut jenama Skechers yang dipakainya membuatkan kaki luka.
BACA: “Asyik Dia Je” – Ayda Jebat Berebut Nak Bayar Sampai Gaduh Dengan Suami
Individu tersebut menerusi satu hantaran Tweet berkata itu adalah koleksi pertama kasut Skechers yang dibeli menggunakan semua duit yang ada. Tetapi sayang kasut itu tak sesuai walaupun dia dah cuba pakai tiga ke empat kali.
Ayda Jebat nak beli kasut
Berasa simpati, Ayda Jebat selaku duta jenama itu sudi nak beli semula kasut supaya individu itu dapat beli yang baru. Penyanyi ini meneka saiz kasut tak betul membuatkan pemakai tak selesa.
Nampak macam ketat. Kesiannya kaki awak sakit.. alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Takpe, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya.
Di ruangan komen, orang ramai memuji tindakan Ayda Jebat yang sudi menggantikan harga bagi kasut tersebut. Mereka berkata sikap itu wajar dijadikan contoh untuk semua duta-duta produk yang lain. Ini membuktikan Ayda bukan je duta tetapi pengguna sebenar jenama itu kan?
Kredit: Twitter Ayda Jebat
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.