Oh! Artis

Lufya Omar Tegur Ustaz Ahmad Dusuki Guna Gambar Artis Tak Berhijab Untuk Dakwah

Published on

Baru-baru ini, Ustaz Ahmad Dusuki dalam satu perkongsian memuat naik tentang salah faham orang bagi menilai kecantikan manusia yang diukur pada paras rupa dan fizikal.

Salah faham dalam masyarakat kita memahami makna kecantikan. Kecantikan itu bukan di ukur pada pandangan mata kasar manusia.

Jika di ukur pada pandangan mata kasar manusia, manusia yang telanjang itu pun dianggap cantik kerana syaitan akan mewarnai kemaksiatan itu.

Cara penyampaian ilmu Ustaz Ahmad Dusuki dipersoal…

Bagaimanapun, cara Ustaz Ahmad menyampaikan ilmu itu mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan netizen kerana menjadikan gambar seorang pelakon wanita tidak berhijab sebagai contoh.

Pelakon, Lufya Omar turut memberikan komen di mana dia tidak bersetuju dengan cara pendakwah itu kerana telah memalukan individu berkenaan.

Saya kurang setuju gambar artis ini digunakan bagi tujuan untuk menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama memalukan individu berkenaan.

Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan ambil teguran ini secara baik.

Dalam pada itu, Lufya turut menceritakan pengalamannya terbuka hati untuk berhijrah kerana mendapat nasihat dan sokongan orang-orang alim tanpa prejudis.

Dengan cara itu, mereka yang berada di jalan yang salah akan lebih terbuka untuk menerima nasihat dan berubah ke jalan yang benar.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version