Oh! Artis

“Lepas Anak Mak Pulak” – Bakal Terima Menantu, Kapsyen Ibu Shila Amzah Jadi Perhatian

Published on

Umum sedia maklum, perkahwinan penyanyi popular Shila Amzah dan tunangnya, Ubai diteruskan seperti yang dirancang pada Sabtu ini.

BACA: “Berhenti Tanya Dia Dekat Mana, Bila Dia Kahwin” – Adik Shila Amzah

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila ibu Shila iaitu Datin Fauziah Sarman berseloroh mengenai ‘nasi minyak’.

Menerusi satu hantaran Instagram, Datin Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie memegang busana yang diambil daripada sebuah butik dipercayai untuk dipakai pada majlis nikah anak nanti.

Di ruangan kapsyen, Mamazie menulis, “Lepas anak mak pulak, eh gurau je. Berangan tak salah kan?” diikuti emoji ketawa keluar air mata dan hashtag syukur alhamdulillah for everything.

Gurauan itu kemudian disambut para pengikut memuji ibu Shila yang nampak awet muda. Malah, kata mereka tidak salah berangan dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Datin Fauziah memuat naik gambar seorang wanita dan memperkenalkannya sebagai isteri Datuk ND Lala.

Kredit: Instagram Mamazie68

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Nikmati Moments of Indulgence anda bersama Vochelle. 🗓️2-6 Ogos 2023 🕐10.00AM-10.00PM 📍LG East Wing, IOI City Mall, Putrajaya #Vochelle#RefiningIndulgence#MomentsofIndulgence#VochelleRedemption #JoinNow#EasySteps#RedeemRewards#TreatYourself#ChocolateLovers ♬ original sound – Oh! Media

Exit mobile version