Oh! Artis

Lama Diamkan Diri, Ira Kazar Tampil Jadi Model Promosi Produk, Netizen Ugut Mahu Boikot

Published on

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengundang kritikan netizen gara-gara menampilkan isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar untuk promosi produk.

BACA: Akhirnya Ira Kazar Muat Naik Foto ‘Mesra’ Bersama Suami, Syamsul Yusof Di Media Sosial

Menerusi satu hantaran video di Instagram, kelihatan Ira didandan cantik bersama seorang lagi model mencuba produk bibir keluaran terbaru jenama Aliff Syukri.

Namun, netizen sehingga ke hari ini nampaknya tak dapat menerima kehadiran Ira susulan kontroversi rumah tangga yang tercetus baru-baru ini.

Di ruangan komen, netizen mengugut mahu boikot Aliff Syukri yang dikatakan tak habis-habis minta dikecam.

Tak kurang juga yang mempertahankan Ira berkata sudah jodohnya bersama Syamsul Yusof jadi netizen perlu terima dengan hati terbuka.

Difahamkan, Ira bakal menjadi muka baru jenama tudung keluaran usahawan tersebut kerana dilihat sedang menjalani penggambaran.

Kredit: Instagram Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version