Oh! Artis

“Korang Send Story Ni Dekat Dia” – Bella Astillah Berang ‘Perempuan Murah’ Dekati Suami Orang

Published on

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menimbulkan persoalan apabila memuat naik hantaran di Instagram Story seperti menujukan sesuatu kepada seseorang.

Dalam hantaran itu, Bella memuat naik petikan mengenai perempuan murahan dan meminta pengikut Instagram menghantarnya kepada ‘individu’ yang dimaksudkan.

Peserta Famili Duo ini menulis, dia pantang melihat perempuan yang sengaja mendekati seorang lelaki sedangkan dia tahu lelaki itu sudah berpunya.

Tindakan perempuan seperti itu sangat terdesak dan menyedihkan, katanya.

Di ruangan komen, rakan artis dilihat menyokong kata-kata Bella dan menasihati wanita terbabit supaya tak tabur pasir di periuk nasi sendiri.

Apa kes pula ni ya? Apa-apa pun diharapkan Bella terus tabah.

Kredit: Bella Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version