Kecoh di media sosial dakwaan hubungan cinta pelakon Sharnaaz Ahmad dan Amelia berakhir selepas mereka unfollow akaun media sosial masing-masing.
Sharnaaz tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin itu dan berkata mereka baik-baik sahaja. Namun, ayat yang dilontarkan Sharnaaz ketika ditemubual media menyebabkan netizen merasakan Amelia layak mendapatkan pasangan yang lebih baik.
Pelakon berdarah kacukan Cina, Amelia Christie Lim sehingga ke hari ini hanya senyap tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kongsi quote sedih di IG
Terbaru, dia ada berkongsi petikan ayat bertulis “Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya”. Latar belakang perkongsian diletakkan lagu nyanyian Mitty Zasia bertajuk Yang Lain Boleh Hilang Asal Kau Jangan.
Meninjau ke hantaran penuh quote yang dikongsi, terdapat banyak kata-kata semangat berkisar mengenai kehidupan. Diharapkan Amelia baik-baik je!
Walaupun didakwa sudah saling unfollow, Amelia dilihat masih menyimpan gambar kenangan bersama Sharnaaz Ahmad dan Jebat Jayden di akaun Instagramnya.