Oh! Artis

Komen Hael Husaini Di IG Pelakon Lelaki Thailand Buat Netizen Fikir Lain

Published on

Penyanyi sensasi Hael Husaini telah meninggalkan komen di Instagram milik seorang pelakon lelaki terkenal dari Thailand, Gulf Kanawut dan perkara itu telah menjadi bualan hangat netizen. Apa kes ni?

Menerusi satu posting Gulf, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini bin Razmi telah menasihati agar pelakon dari Thailand itu supaya tidak lupa untuk makan malam.

Bukan tu jer, penyanyi lagu ‘Jampi’ itu juga berharap agar mereka berdua akan berjumpa lagi satu hari nanti menerusi komen sama.

Don’t skip dinner, and see you again.

Komen itu telah buatkan orang ramai mendakwa yang Hael sedang cuba untuk memikat hati Gulf. Ada juga yang siap screen record komen Hael ni dan upload semula di platform Tiktok.

Jangan terus buat andaian yang bukan-bukan. Mungkin mereka berdua ni dah jadi bestfriend kot yang sentiasa caring antara satu sama lain. Apa pandangan korang?

https://www.tiktok.com/@ang3lwada/video/7159917638011915547

Sebelum ini mereka berdua telah berjumpa di acara Onitsuka Tiger yang diadakan di Tokyo, Japan.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version