Isteri kepada penyanyi nasyid Suhaimi Saad iaitu Ina Naim meletakkan syarat supaya suami membelikan mesin basuh sebelum meneruskan hasrat untuk berpoligami.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, Suhaimi secara berseloroh meluahkan keinginannya untuk kahwin lagi, tapi disambut dengan syarat ‘pedas’ daripada Ina Naim.
Sebelum ini, nama penyanyi nasyid ini menjadi bualan selepas mengaku menjalani kehidupan dengan cara zuhud. Difahamkan, dia tak menyediakan keperluan asas di rumah, tak mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan anak-anaknya juga belajar secara homeschool.