Oh! Artis
“Khusyuk Umrah Sampai Terlupa Umi” – Shakilla Khoriri Rindu Anak, 9 Hari Tak Dengar Khabar Berita
Pelakon ini bagaimanapun tak kecil hati dan akan menunggu anak pulang dengan sabar.
Pelakon Shakilla Khoriri mencuri perhatian warganet selepas berkongsi luahan hati yang cukup menyentuh perasaan di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Shakilla dilihat memeluk erat anak perempuannya, Ameena, sambil meluahkan rasa rindu yang sudah sembilan hari tidak mendengar khabar daripada si kecil itu.
“Terlalu khusyuk tunai umrah sampai terlupa umi” – Shakilla

Melalui coretan panjang di kapsyen, Shakilla menggambarkan perasaannya sebagai seorang ibu yang hanya mampu menunggu tanpa sebarang khabar.
Katanya, mungkin anaknya kini terlalu sibuk atau khusyuk menunaikan umrah dengan bapa, Fizi Ali sehingga ‘terlupa’ pada dirinya.
Namun, dia tetap tidak berkecil hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ameena.
Shakilla turut mengakui bahawa walaupun Ameena masih kecil, kasih seorang ibu tetap tidak pernah luntur. Baginya, anak itu tetap anugerah terindah yang tidak akan terganti walau apa pun yang berlaku.
Pssttt! Kata orang, kasih ibu tiada tandingan. Walau jauh sekalipun, rindu seorang ibu tak pernah padam. Semoga hubungan Shakilla dan Ameena terus kekal erat dan penuh kasih sayang.
Kredit: Instagram Shakilla Khoriri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM