Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Selangor Akhirnya Sahkan Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Oh! Artis

Ketua Polis Selangor Akhirnya Sahkan Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan

Pelakon lelaki terkenal ditahan selepas ujian air kencing positif dadah. Ketua Polis Selangor sahkan penahanan, ini bukan kes pertama?

Seorang pelakon lelaki terkenal disahkan ditahan polis selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, namun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Ya, saya sahkan ada penahanan itu.

Pelakon lelaki direman tiga hari bantu siasatan

Ketua Polis Selangor

Menurut laporan media, pelakon berusia 40-an itu ditahan pada Rabu sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi permohonan reman.

IKLAN

Mahkamah kemudiannya membenarkan tahanan reman selama tiga hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan berkaitan dadah.

Difahamkan, pelakon terbabit disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian air kencing yang positif.

Namun setakat ini, jenis dadah yang dikesan serta perkembangan lanjut kes masih belum didedahkan oleh pihak polis.

Bukan kali pertama terpalit kes dadah?

Pdrm

Apa yang lebih mengejutkan, difahamkan ini bukan kali pertama pelakon tersebut berdepan masalah berkaitan dadah.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pernah mendapati aktor berkenaan bersalah menggunakan dadah jenis THC.

Bagaimanapun, dia terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan hukuman denda RM5,000.

Pssttt! Populariti dan bakat bukan pelindung daripada undang-undang. Jaga diri, jauhi dadah dan hargai peluang kedua sebelum terlambat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas