Connect with us

Oh! Media

“Kesian Mana Satu Ni? Dua-Dua Bermadu” – Isteri Pertama Aslam Bengang Netizen ‘Provoke’ Mengenai Marissa Di Live

Umisya Aslam

Oh! Artis

“Kesian Mana Satu Ni? Dua-Dua Bermadu” – Isteri Pertama Aslam Bengang Netizen ‘Provoke’ Mengenai Marissa Di Live

Aslam dan isterinya Umisya Mazlan dikecam ketika live, ada netizen simpati dengan Marissa Dania.

Baru-baru ini, usahawan tudung Umisya Mazlan dan suaminya, Aslam menjadi perhatian ramai selepas muncul bersama dalam sesi jualan langsung di TikTok.

BACA: Marissa Dania Muat Naik Video Luah Perasaan Tarik Perhatian Netizen

Namun, suasana bertukar sedikit tegang apabila ada netizen meninggalkan komen provokasi. Netizen itu meluahkan rasa simpati dengan isteri kedua Aslam iaitu Marissa Dania.

IKLAN

“Kasihan apa ni? Saya bagi makan dan tempat tinggal cukup”

Aslam menjawab dengan baik berkata, dia tidak memahami maksud kesian di mata netizen. Jelasnya, sebagai suami dia telah memberikan makan minum yang cukup dan tempat tinggal yang selesa untuk isteri-isterinya.

Kesian apa ni? Saya tidak faham. Saya bagi makan dan tempat tinggal cukup. Kenapa nak kesian? Awak kesian dekat sayalah.

Kenyataan Aslam disambung oleh isterinya, Umisya, yang turut menegaskan bahawa rasa simpati seharusnya diberikan kepada pihak yang benar-benar tepat.

Awak cuba kesian dekat orang yang tepat. Kalau nak kesian, berpada-pada. Kesian tengok keadaan dan situasi. Jangan kasihan dekat orang yang tidak patut.

Umisya juga setuju dengan komen netizen bahawa Marissa adalah isteri Aslam yang sah. Namun, Umisya tidak setuju apabila netizen hanya kesiankan sebelah pihak sedangkan mereka dua-dua bermadu.

Jadi, awak nak kesian yang mana satu ni? Sebab dua-dua bermadu. Nak marah Aslam, marah dia je. Pergi DM dia. Tak payah komen dekat live saya.

Umisya bagaimana menafikan dirinya marah sebaliknya memohon netizen berpada-pada dalam meninggalkan komen.

Pssttt! Sebagai netizen, tak perlulah jadi batu api meninggalkan komen provokasi di live orang mencari rezeki. Doakan yang baik-baik je okey!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas