Connect with us

Oh! Media

Kereta Toyota CHR Kuning Shuib Sepahtu Hilang Di Mahkamah Shah Alam

Ohmedia kereta Shuib

Oh! Artis

Kereta Toyota CHR Kuning Shuib Sepahtu Hilang Di Mahkamah Shah Alam

Kereta Toyota CHR kuning milik Shuib Sepahtu hilang di Shah Alam selepas urusan di mahkamah.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu memaklumkan kereta miliknya, Toyota CHR berwarna kuning dengan nombor pendaftaran QLE 9949 telah hilang di Shah Alam.

Kejadian itu berlaku sewaktu beliau menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam, hari ini. Menurut Shuib, beliau hanya menyedari kehilangan kenderaan tersebut ketika mahu pulang.

Mohon bantuan orang ramai

Dia sendiri tidak pasti sama ada kereta itu dicuri atau ditarik pihak berkuasa.

IKLAN

Tadi ada urusan di Mahkamah Shah Alam, lepas urusan nak balik kete Toyota CHR kuning QLE 9949 hilang!!! Tak tau hilang kena rembat ke, kena towing MBSA ke, kena tarik ke? Siapa-siapa ada info bagitau ya.

Beliau turut memohon sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubunginya segera bagi membantu mengesan kereta tersebut.

Perkongsian itu pantas menarik perhatian netizen yang mendoakan agar kenderaan itu segera ditemui.

Terbaru, Shuib memaklumkan kereta itu sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Shuib

Pssttt! Kehilangan kereta di kawasan awam memang menakutkan, apatah lagi kalau ia berlaku sekelip mata. Semoga kereta Shuib segera dijumpai.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas