Oh! Artis
“Kepada Yang Masih Tak Puas Hati..” – Tauke Jambu Mengaku Ditahan Polis Bantu Siasatan
Pelawak terkenal, Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria akhirnya mengaku bahawa dia ada ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks, baru-baru ini.
BACA: Tauke Jambu Dan Isteri Nafi Terlibat Kes Bapa Ayam
Anggota kumpulan Jambu itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya dan kemudian diulang siar oleh isteri, Nadia Mohd Effendi, pada petang tadi.

Kepada yang masih tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut.
Telah memberikan kerjasama sepenuhnya, Tauke berkata dia tiada kaitan dengan aktiviti ‘bapak ayam’ atau pengedar seperti yang disebutkan.
Ahad lalu, pihak polis memaklumkan bahawa seorang pelawak terkenal telah ditahan didakwa terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks di sebuah hotel bertempat di Kuala Pilah.

Sehubungan dengan itu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen yang mula ‘memetik’ beberapa nama pelawak termasuklah Tauke Jambu namun dia tampil menafikan sekeras-keras penglibatannya dalam perkara keji itu.
Dilaporkan juga, antara barang dan harta benda yang dirampas dalam serbuan itu adalah sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, wang tunai serta empat telefon pintar.
Kredit: Utusan Malaysia
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM