Sudah menjadi lumrah seorang selebriti, segala tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian pengikut. Tambahan pula dengan adanya media sosial sekarang ini, peminat lebih mudah untuk berhubung dan berinteraksi secara terus dengan artis kesayangan mereka.
BACA: “Ya Allah RM14k Duit Raya Dia” – Netizen Teruja Tengok Angpau Raya Anak Neelofa
Terbaru, nama Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dia dilihat seolah-olah tidak mengendahkan ‘hadiah’ atau pemberian seorang peminat di TikTok.
Neelofa dan suaminya, PU Riz ketika itu difahamkan sedang bersiaran langsung di TikTok bercakap mengenai perancangan bisnes mereka.
Tiba-tiba seorang peminat menghadiahkan ‘Swan’ menyebabkan PU Riz menegur isterinya supaya mengucapkan terima kasih kepada peminat.
Ada orang bagi itik. Orang bagi hadiah banyak tu. You kena cakap terima kasih.
Akur dengan teguran suami, ibu kepada Muhammad Bilal ini segera mengucapkan terima kasih dan menyambung perbincangan mengenai bisnesnya.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen. Ada yang mempertahankan usahawan itu dengan berkata dia sebenarnya ada mengucapkan terima kasih setiap kali terima ‘gift’ peminat.
Kredit: TikTok PartnerNunHa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.