Oh! Artis

“Kelakar, Pandai Main Gitar Dan Golf” – Watie Dedah Shuib Miliki Ciri-Ciri Suami Idaman

Published on

Usahawan Watie Hanafiah memberi semangat kepada para pengikut supaya tak berhenti berdoa meminta jodoh idaman masing-masing.

BACA: Netizen Buka Mata, Kini Nampak Kenapa Shuib Pilih Watie Jadi Isteri – “Jeles, Merajuk Sampai Nangis”

Menerusi satu hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, Allah SWT telah memakbulkan doanya apabila menjodohkan dirinya dengan Shuib.

Kata Watie, dulu dia sentiasa berdoa semoga mendapat lelaki yang kelakar dan pandai bermain gitar. Selain itu, Watie mahu suaminya bersuara sedap kerana berangan mahu menyanyi bersama-sama.

Banyak lagilah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu Maha Mendengar kan.

Pada usia 27 tahun, Watie meminta satu lagi doa iaitu mahu suami yang mempunyai minat yang sama dalam sukan golf. Siapa sangka, Allah SWT telah mengabulkan doanya itu.

Kredit: Instagram Watie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version