Netizen mempersoalkan adakah pelakon ini melakukan suntikan untuk mendapatkan bentuk bibir lebih mungil.
Namun, Intan Najuwa menafikan dakwaan itu mengatakan bibir mungil itu dihasilkan dengan teknik solekan.
Di ruangan balas, netizen lain mengkritik mak cik bawang yang dikatakan menyibuk urusan orang lain. Soalan yang dilemparkan seolah-olah menuduh pelakon ini mengubah ciptaan Allah SWT.
Namun, individu berkenaan berkata dia hanya bertanya dan Intan Najuwa sebagai artis tidak perlu biadap.