Oh! Artis

Kekasih Gelap Dedah Video Mirip Pelawak Tak Berbaju Atas Katil

Published on

Baru sahaja mahu reda tapi kontroversi melibatkan pelawak terkenal kembali menarik perhatian netizen. Ini selepas wanita yang dikatakan kekasih gelap telah kongsikan satu video yang tidak sepatutnya.

BACA: “Jodoh Di Tangan Tuhan” – Shuk Sahar Nafi Bakal Berkahwin Lagi

Sebelum membuat pendedahan terbabit, kekasih gelap yang dikenali sebagai Farah turut menyatakan yang dia akan kongsikan video berkenaan dalam masa 1 jam selepas mendakwa ada orang tidak mahu membayar duitnya yang dipinjam.

Tidak lama kemudian, Farah telah memuat naik 2 video yang menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju di atas katil yang berdurasi hanya 2 saat.

Farah turut menyatakan sebab dia melakukan pendedahan ini sebagai balasan kepada lelaki berkenaan atas segala pengkhianatan, fitnah dan hutang.

Video itu bagaimanapun telah diturunkan Farah selepas mendapat nasihat dari orang ramai.

Tidak berakhir di sini, isteri kepada pelawak yang pernah dikaitkan dengan Farah turut mengucapkan rasa syukurnya setelah Farah sendiri telah mengaku dan menyebarkan aibnya. Dia turut mempercayai video yang didedahkan Farah adalah video lama. Dia turut merasakan inilah mengapa suaminya terus bertahan kerana telah diugut untuk menyebarkan bukti.

Kami tidak mahu kongsikan video yang telah didedahkan Farah. Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang penjelasan terperinci daripada mana-mana pihak. Kami percaya isu ini dapat diselesaikan dengan bijak dan bersamalah kita doakan yang terbaik buat mereka.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version