Dah lama tak beraksi di kaca televisyen, netizen meluahkan rasa terhibur melihat Zarina Anjoulie muncul di pentas Sepahtu Reunion Live 2023 sebagai cameo.
BACA: Sorakan Mengalahkan Artis, Ramai Teruja Ryan Bakery Muncul Di Sepahtu Reunion
Dalam episod itu, Anju memegang watak sebagai isteri derhaka kepada suaminya Leman yang dilakonkan oleh Jep Sepahtu.
Netizen tak kering gusi melihat Anju terlalu mendalami watak memarahi Leman dan bapa mentuanya sehingga mereka tak sempat lontarkan dialog.
Lawak spontan ‘pecah perut’ menyebabkan netizen meminta agar pelakon ini dijemput sekali lagi ke Sepahtu Reunion.
Mereka berpendapat Anju cameo terbaik setakat ini kerana tak kaku dan berjaya ‘menundukkan’ Jep.
Kredit: TikTok @kakcikk32
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.