Oh! Artis

Kantoi Selalu Berdua Di ‘Event’, ‘Influencer’ Muslimah Ini Kekasih Hati Baru Zizan Razak?

Published on

Seorang model muslimah dilihat sering berdua dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak dalam beberapa acara telah mengundang perhatian netizen. Wah! Calon isteri ke tu?

Menurut laporan mStar, model muslimah yang dikenali sebagai Nurren itu dilihat kerap meluangkan masa bersama Zizan dan mereka dikatakan sudah berkenalan sejak dua tahun lepas lagi.

Walau bagaimanapun, Zizan memilih untuk tidak memberikan apa-apa komen ketika dihubungi pihak media mengenai perkara ini.

Pelawak itu juga berkata yang dirinya perlu merujuk dengan pihak pengurusan mengenai hal sebegini sebelum memberikan sebarang kenyataan kepada wartawan atau pihak media.

Zizan Razak yang berusia hampir mencecah 40 tahun itu sebelum ini mengatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tapi apakan daya, jodoh belum sampai lagi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version