Oh! Artis

Kamal Adli Diserang Penjenayah Singapura Dengan Cota Di Kepala Berkali-Kali

Published on

Tergempar! Kita semua dikejutkan dengan berita yang kurang baik selepas pelakon lelaki, Kamal Adli dilaporkan telah diserang penjenayah di Singapura.

Berita ini dikongsi isteri Kamal iaitu Uqasha Senrose di mana ketika itu suaminya diserang individu warganegara Singapura berkali-kali menggunakan cota di bahagian kepala.

Kamal Adli dikejarkan ke hospital untuk major operation..

Doakan suami saya kamal, kami baru habis acara di Singapura, tiba-tiba dia diserang orang Singapura dengan cota berkali-kali di kepala muka bawah mata dan badan.

Sekarang Kamal dekat Singapura punya hospital, major operation kerana lubang dan bocor, koyak di belakang kepala. Allahu.

Penyerang sudah berjaya ditahan pihak berkuasa Singapura…

Dalam pada itu, pengacara Roslan Shah memaklumkan pihak berkuasa sudahpun menahan penyerang.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version