Oh! Artis

Kalis Kecaman, Pengantin Baru Hafidz Roshdi Dan Athira Yuhada Seronok Tunggang Kuda Di Kuantan

Published on

Berita perkahwinan Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada hangat diperkatakan selepas pelakon ini mendedahkan isteri merupakan cinta pertama di zaman persekolahan.

Pelakon ini siap ‘up’ video memaparkan moment sweet mereka masa bercinta dulu-dulu tau.

BACA: Terinspirasi Dengan Hafidz Roshdi, Lelaki Ini Niat Ceraikan Isteri Untuk Bersama ‘First Love’

Terbaru, pasangan pengantin baru ini dilihat bersiar-siar menunggang kuda di Kuantan, Pahang. Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram Story, Athira meluahkan rasa tenang berada jauh daripada masyarakat dan dekat dengan alam semula jadi.

Hafidz pun ada berkongsi momen serupa di mana dia dilihat tersenyum lebar ketika meluangkan masa di tepi pantai tersebut.

Terdahulu, aktor ini dikecam hebat netizen selepas tular dakwaan dia curang sehingga membawa kepada perpisahan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.

Tak cukup dengan itu, pelakon ini didakwa di mahkamah di atas tuduhan mencederakan Nurul Shuhada di muka.

Kredit: Instagram Athira Yuhada | Hafidz Roshdi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version