Oh! Artis
“Solat Dulu, Mengaji” – Tak Mahu ‘Dituntut’ Di Akhirat, Johan Tegur Pembantu Rumah
Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti Johan dan Ozlynn, kan? Kehidupan mereka sering menjadi perhatian netizen, terutama cara mereka mendidik anak-anak.
Terbaru, Ozlynn menerusi TikTok berkongsi momen suaminya menegur pembantu rumah supaya mengutamakan solat dan mengaji berbanding kerja.
Utamakan solat dan mengaji, jangan leka dengan kerja!
Johan tidak mahu pembantu leka dengan kerja sehingga mengabaikan kewajipan utama sebagai Muslim. Menurutnya, solat perlu diutamakan sebelum melakukan sebarang tugasan harian.
Quran jangan lupa… takkan setiap masa saya dengan maam nak ingatkan. Bila saya panggil semua jemaah, harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat. Solat dulu.
Tambahnya lagi, dia juga mahu semua orang di rumah termasuk pembantu mencari ruang untuk mengaji kerana dia tidak mahu dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Bila saya cakap semua mengaji makna berhenti setiap kerja dan mengaji. Kalau kamu tak sempat nak mengaji sama tolong cari ruang. Saya tak nak di akhirat nanti kamu bilang sibuk kerja dengan saya sampai tak sempat solat dan mengaji Quran. Saya tak mahu dituntut esok.
Bila Johan marah, satu rumah gerun!

Ozlynn juga mendedahkan sisi lain suaminya, Johan. Menurutnya, Johan jarang marah tetapi apabila berang, seluruh rumah boleh rasa gegaran ketegasannya.
Kalau mengaji tak paham makna tanya maam. Kalau maam tak tahu baru maam akan tanya saya. Haaaaa gitu la kalau dia nasihat semua helper dia. Boss yang paling susah nak marah tapi kalau dia marah pasti satu rumah gerun. Akan ingat la gegaran hamukan dia. Satu taman boleh tau dia naik hantu tu la moment dengan helper. Aku boleh cakap dia boss yang baik.
Ozlynn mengakui bahawa Johan adalah seorang majikan yang baik dan sangat mengambil berat tentang pekerja di rumah mereka.
#ApaKataOhmedia
Bagusnya bos macam Johan dan Ozlynn ni! Ini boleh dijadikan pengajaran supaya mementingkan ibadah berbanding kerja. Curi masa 10 minit untuk solat dan mengaji tak rugi pun kan?

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @jozlynnhanania_
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM