Oh! Artis

Jocelyn Chia Dan Rakan Pelawak Dari Amerika Umum Buat Apology Tour Di Malaysia

Published on

Pelawak asal Singapura kontroversi, Jocelyn Chia tiba-tiba umum bakal buat tour khas di Malaysia. Dalam program yang bakal diadakan Ogos ini turut dihadiri Chrissie Mayr, pelawak asal Amerika Syarikat.

Chrissie sebelum ini turut dikecam rakyat Malaysia selepas menyatakan sokongannya kepada Jocelyn dan menasihatkan rakannya itu untuk tidak membuat sebarang permohonan maaf.

Apology Tour ini diumumkan di Instagram Chrissie yang bakal diadakan di Electric Boulevard, TREC, Kuala Lumpur.

Ramai tak setuju Jocelyn Chia dan rakan masuk Malaysia…

Bagaimanapun, perkara itu sekali lagi meraih perhatian dan menaikkan kemarahan ramai warga Malaysia. Ramai tak bersetuju Jocelyn dan Chrissie datang buat persembahan di sini.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version