Oh! Artis
Jason Beri Reviu Rendah Kieda Crepe, Dipuji Warganet Kerana Kejujuran
Tular di media sosial apabila seorang pempengaruh, Jason, berani memberi reviu rendah terhadap produk popular, Kieda Crepe.
Melalui hantaran di TikTok, Jason teruja mencuba sendiri produk usahawan itu di Festival Budaya Putrajaya 2024. Dia membeli tiga perisa – biscoff, oreo, dan durian – pada harga RM15 di gerai pencuci mulut tersebut.
Namun, selepas mencuba ketiga-tiga perisa, Jason hanya memberikan penilaian 4.2 daripada 10.

Kejujurannya menarik perhatian kerana produk Kieda Crepe biasanya dipuji dan sering diserbu peminat setiap kali usahawan itu membuat jelajah di pelbagai negeri.


Ramai warganet memuji tindakan Jason kerana bersikap jujur dalam memberikan reviu tanpa berat sebelah.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM