Selepas memuat naik gambar memakai pakaian yang terselak hingga menampakkan bahagian dada, pelakon Janna Nick teruk dikecam netizen, namun pelakon tersebut tidak melenting dan menerima komen-komen tersebut dengan hati terbuka.
Tidak mahu menegakkan benang yang sudah basah, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata mungkin netizen terkejut apabila dia berpakaian seperti itu kerana selalu melihat dirinya berpakaian boyish.
Walaupun dikecam teruk, pelakon tersebut berkata tidak akan memadam gambar berkenaan dari media sosialnya.
Kalau orang kata saya seksi saya terima, memang itu seksi lah. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima. Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. – Katanya kepada mStar semasa sidang media secara virtual.
Dalam pada itu, dia turut meminta agar orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik dan sebagai manusia dirinya juga mahu pengakhiran hidup yang baik.
Bagaimanapun, melihat posting terbaru Janna Nick di Instagram, terlihat satu lagi gambar yang membuatkan netizen kembali menegurnya. Nampaknya Janna memang tak serik dan tak kesah ditegur.
Perkongsiannya kali ini turut mendapat teguran dari pelakon Awal Ashaari. Janna kemudian hanya membalas dengan ketawa panjang.