Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Luah Rasa Sedih, Netizen Tuduh Suami Ada Hormon Wanita Lebih Punca Tak Dapat Anak

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 05t163233085

Oh! Artis

Janna Nick Luah Rasa Sedih, Netizen Tuduh Suami Ada Hormon Wanita Lebih Punca Tak Dapat Anak

Janna Nick baru-baru ini telah membuat satu hantaran di Instagram meluahkan rasa sedih apabila netizen meninggalkan komen dan tuduhan negatif terhadap suaminya, Dini Schatzmann.

Janna berkata dia tidak boleh menerima tuduhan yang mengatakan Dini mempunyai hormon wanita lebih menyebabkan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Hantaran di TikTok Janna Nick..

Kami dah buat macam-macam yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya pun tak tahu nak jawab apa. Saya pun tanya kepada Allah bila saya boleh dapat anak.

Ujarnya, dia dan suami sudah berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan cahaya mata, namun sehingga kini Allah masih belum mengizikan mereka untuk mendapat zuriat.

IKLAN

Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal. Saya dan Dini tahu keadaan kesihatan kami. Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja dan pemakanan.

Janna memohon agar orang ramai berhenti menanyakan tentang zuriat kepadanya dan berharapa agar netizen dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.

#OhMedianasihat

Dalam hal peribadi seperti ini, kita perlu lebih empati dan memahami perasaan orang lain. Soalan dan komen tentang zuriat atau kesihatan bukan saja sensitif, tetapi juga boleh menambah beban emosi seseorang. Sebaiknya, doakanlah yang baik-baik dan beri mereka ruang untuk menjalani hidup tanpa tekanan dari spekulasi atau andaian yang tidak tepat.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 05t163233085

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @jannanickofficial


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas