Oh! Artis

“Jangan Buat-Buat Lupa” – Rita Rudaini Ingatkan Bekas Isteri Safee Sali Apa Pernah Berlaku Dulu

Published on

Pelakon Rita Rudaini mengingatkan bekas isteri Safee Sali iaitu Fitria Elfina mengenai apa yang pernah berlaku kepada isteri pertama dahulu.

BACA: Dicerai Melalui Whatsapp, Netizen Anggap Bekas Isteri Safee Sali Kena Kifarah Kerana ‘Menyondol’

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon ini menganggap Fitria terkena kifarah di atas perbuatannya lama.

Katanya, dahulu Fitria pernah menyondol suami orang dan kini dia menerima nasib yang sama.

What goes around comes around. You jangan buat-buat lupa ex wife ex husband you dulu. We all tahu apa yang terjadi di zaman kami dulu.

Rita Rudaini mengungkit apa yang dilalui isteri pertama (Sabrina Yusof) apabila diceraikan ketika anak-anak masih kecil.

Jelasnya lagi, balasan Allah SWT itu pasti dan kini Fitria perlu kuat menempuhi kegagalan rumah tangga disebabkan orang ketiga.

Kredit: Instagram Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version