Hal itu mengundang rasa tersinggung Puteri Balqis kerana kenyataan Mia Sara seolah-olah menyalahkan ibunya.
Terbaru, pelakon muda ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mia Sara dan bapanya kerana terlalu beremosi.
Puteri Balqis mohon maaf
Pelakon yang mesra dipanggil Aqish ini turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong Mia Sara.
Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang. Jadi saya kecil hati dengan komen yang dibuat secara terbuka pasal keluarga tak didik saya dengan baik. Itu adalah satu fitnah yang besar. Dan bila awak kata keluarga, satu-satunya keluarga yang saya ada adalah ibu saya.
Jelas pelakon berusia 15 tahun ini lagi, dia tidak menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan melalui gambar sebaliknya melalui puisi. Dia juga menunjukkan penyelasan melalui penulisan.
Dalam pada itu, dia memohon Mia Sara tidak mengulangi apa yang telah dilakukannya dan berharap mereka boleh ‘move on’ dengan hidup masing-masing.