Oh! Artis
Isteri Prince Syed Nafi Jadi Tikus Makmal, Buat Bariatrik Kerana Tertekan Kena Body Shaming
Isteri Prince Syed, Fatin Syazwani minta suami kumpul duit buat pembedahan.
Nama isteri kepada pempengaruh, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak menjadi bualan selepas tular dakwaan mengatakan dia dipaksa menjalani pembedahan bariatrik oleh suaminya,.
Namun, Fatin ketika memberi penjelasan kepada Harian Metro berkata sebaliknya.
BACA: “Isteri Yang Enggan Jumpa..” – Prince Syed Akhirnya Bersuara, Jawab Dakwaan Ibu Mentua
“Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak”
Menurut Fatin, keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa paksaan sesiapa.
Saya memang buat bariatrik tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami. Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat.
Jelasnya, pembedahan itu dibuat di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh pada 8 Oktober lalu. Namun, empat hari lalu Fatin dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi dan sudah melakukan satu sesi dialisis.
Fatin memohon orang ramai berhenti menuding jari terhadap suaminya selepas dakwaan kononnya dia dipaksa berbuat demikian bagi tujuan menjual produk pelangsingan.
Fatin minta Syed kumpul duit untuk tampung kos pembedahan. Tolong jangan serang Syed. Syed tak ada kena mengena. Saya nak tenang-tenang saja.
“Isteri nekad, saya hanya temankan” – Prince Syed
Dalam pada itu, Prince Syed turut tampil memberi penjelasan dengan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Katanya, dia tidak pernah memaksa isterinya dan hanya menghormati keputusan Fatin yang mahu menjalani pembedahan kerana tekanan akibat sering diejek (body shaming).
Sebelum ni, isteri pernah luah nak buat pembedahan dan saya tanya betul-betul sebab saya tak sokong tapi tak halang. Tapi dia nekad, jadi saya akur dan temankan dari awal sampai habis.
Selain itu, Prince Syed menafikan dakwaan melarikan anak mereka, menjelaskan bahawa setiap kali pulang ke utara, mereka sekeluarga tetap singgah ke rumah mentua.
Pssttt! Mendengar penjelasan kedua-dua pihak, nampaknya keputusan Fatin dibuat atas kerelaan sendiri. Semoga Fatin terus sihat dan pasangan ini diberi kekuatan untuk harungi cabaran bersama.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM