Di Instagram, pelakon terkenal Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping gambar dalam satu majlis berpakaian ala-ala watak Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie.
Dalam gambar itu, turut kelihatan anak-anaknya berpakaian serba hitam dan solekan muka mengikut tema pada hari itu.
“Just for fun” – Fasha Sandha
Menerusi keterangan gambar, pelakon ini memaklumkan dia dan keluarga memakai kostum mengikut karakter itu di majlis ‘kejirananku bukan kejirananmu’. Jelasnya lagi, ianya sekadar suka-suka.
Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa kurang senang dan menegur pelakon ini supaya lebih berhati-hati dalam meraikan sesuatu.
Walaupun Fasha tak ada sebut majlis untuk apa, netizen berkata meraikan majlis seumpama Halloween adalah dilarang dalam agama. Netizen turut menasihati pelakon ini agar tak terlalu mengikut budaya barat.