Memetik laporan mStar, seorang pengguna jalan raya, Norliana yang memandu Perodua Myvi berkata keretanya dilanggar dari arah belakang sebelum kereta yang dipandu artis itu berpusing.
Dia meluahkan rasa kecewa mendakwa Akmal tidak bertanggungjawab dan tidak meminta maaf.
Selepas kejadian kami berhenti di tepi jalan. Ikmal juga ada di situ. Dia langsung tidak minta maaf malah dia yang pergi dahulu meninggalkan kami di sana.
Liana mendakwa lagi, dia sudah menghubungi Akmal sendiri namun panggilan diserahkan kepada bapa untuk mewakili dirinya.
Sedar diri menerima kecaman, pelakon ini menjelaskan bahawa dirinya dan keluarga masih lagi dalam keadaan trauma.
Kepada mangsa yang terlibat, pelakon ini meminta maaf dan menjelaskan kemalangan itu bukanlah kehendak dirinya.
Dia juga tidak pernah mengaku diri tidak salah. Dia menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis. Pelakon ini mengakui kesalahan memandu dalam keadaan tidak cukup rehat.